Berita UtamaDunia

Mahkamah Austria putuskan Ikhwanul Muslimin bukan organisasi pengganas

Serangan polis terhadap orang Islam tahun lalu menyalahi undang-undang

VIENNA, 28 Zulhijjah 1442H, Sabtu – Mahkamah Austria, minggu ini memutuskan bahawa Ikhwanul Muslimin tidak dianggap sebagai organisasi pengganas di negara itu, Anadolu melaporkan.  

Dengan demikian, serangan yang dilakukan oleh polis Austria tahun lalu terhadap aktivis dan akademik muslim dengan alasan memerangi keganasan adalah menyalahi undang-undang.

Jurucakap Mahkamah Tinggi, Graz Elisabeth Dieber memberitahu wartawan bahawa aduan dilaporkan oleh sembilan individu yang kediamannya diserbu oleh polis tahun lalu, dengan alasan bahawa mereka memberikan sokongan kewangan untuk keganasan dan mempunyai hubungan dengan organisasi pengganas akan dibicara oleh mahkamah.  

Dieber berkata, serangan yang mana dilakukan oleh polis dengan kekerasan di kediaman mereka adalah sama sekali menyalahi undang-undang.

Mahkamah menyentuh mengenai tuduhan pihak pendakwa raya bahawa kesembilan individu itu adalah anggota Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan Ikhwanul Muslimin.  

Namun, mahkamah memutuskan bahawa Ikhwanul Muslimin tidak dianggap sebagai organisasi pengganas di Austria.

Pada 9 November tahun lalu, polis Vienna menyerbu 60 alamat dan menahan 30 aktivis serta akademik muslim dalam ‘Operasi Luxor’.

Mereka dituduh menubuhkan organisasi pengganas, memberi bantuan kewangan untuk keganasan, melakukan jenayah terancang dan ‘mencuci’ wang.

Polis menggunakan kekerasan terhadap individu terkenal yang diperlakukan sebagai pengganas menyebabkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), wartawan dan penulis meminta agar isu ini diperjelaskan sebagai perkara yang mendesak.  

Kekerasan yang berlebihan dari pihak polis telah meninggalkan kesan kepada ahli keluarga.  

Sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak sejak itu dirawat kerana masalah kesihatan mental. 

Keluarga mereka juga menghadapi masalah kewangan kerana akaun bank disekat berikutan serbuan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button