Berita Utama

Polis rakam keterangan Anwar

Berhubung protes penangguhan sidang khas Parlimen 2 Ogos lalu

KUALA LUMPUR, 28 Zulhijjah 1442H, Sabtu – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sedang memberi kenyataan berhubung perhimpunan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu untuk memprotes penangguhan sidang khas Parlimen.

Anwar tiba di Pejabat PKR sekitar jam 11 pagi sementara tidak lama kemudian empat anggota polis tiba.

Setakat ini, 14 Ahli Parlimen pembangkang telah merakam kenyataan mereka mengenai himpunan tersebut termasuk Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani telah mengatakan bahawa sebanyak 206 laporan polis telah dibuat ke atas perhimpunan yang dihadiri oleh Ahli Parlimen pembangkang pada 2 Ogos lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim juga mengatakan, semua individu termasuk anggota Parlimen yang terlibat dalam perhimpunan berhampiran Dataran Merdeka akan dipanggil oleh polis untuk membantu siasatan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button