Uncategorized

Tindakan tegas terhadap pihak sertai himpunan 21 Ogos ini: KPN

Menyifatkan tindakan sedemikian sebagai tidak bertanggungjawab

KUALA LUMPUR, 28 Zulhijjah 1442H, Sabtu – Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan #Lawan pada 21 Ogos ini, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil maklum terdapat pihak yang merancang untuk mengadakan perhimpunan jalanan itu dan menyifatkan tindakan sedemikian sebagai tidak bertanggungjawab.

“Ini kerana (ia) melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bawah Pelan Pemulihan Negara serta membelakangkan keselamatan kesihatan dalam senario semasa penularan wabak COVID-19.

“PDRM meminta orang ramai untuk tidak menyertai sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang serta SOP yang sedang berkuat kuasa demi keselamatan kesihatan umum,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Acryl Sani turut menegaskan bahawa PDRM tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang dikesan masih berdegil menganjurkan atau menyertai sebarang perhimpunan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button