Berita Utama

UMNO Terengganu tiada masalah kerjasama dengan PH pada PRN

Mahu rampas semula pentadbiran negeri daripada pimpinan PAS: Ahmad Said

DUNGUN, 17 Syawal 1444H, Isnin – UMNO Terengganu tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi merampas semula pentadbiran negeri itu daripada pimpinan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerjasama kedua-dua belah pihak sudah terjalin di peringkat pusat, maka ia akan diteruskan demi kestabilan negara dan negeri berkenaan.

“Politik itu dinamik, bukan politik mati… Sebab itu orang kata tidak ada musuh berkekalan, kawan berkekalan dalam politik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ketengah 2023 di Bandar Muktafi Billah Shah, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal berkata, perbincangan berkaitan agihan kerusi antara UMNO dan PH Terengganu sudah dijalankan sebelum ini.

Namun, katanya, keputusan akhir antara dua parti tersebut belum dimuktamadkan.

“Kita dah bincang tetapi keputusan belum ada. Macam kita pinang anak oranglah, ada tawar menawar… kalau RM30,000 minta kurang RM20,000,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button