Berita Utama

Asyik bertelingkah, parti politik Melayu tempah bala

Buang sikap angkuh terutama ketika rakyat dalam kesusahan

BANGI, 29 Zulhijjah 1442H, Ahad – Parti-parti politik Melayu seolah-olah menadah bala kerana asyik bertelingkah walaupun sama bangsa dan agama.

Tidak kira blok kerajaan mahupun pembangkang, parti yang mempunyai Ahli Parlimen paling ramai dilihat mahu berada di kedudukan teratas.

Dalam situasi ini, pemerhati politik, Ustaz Sharipudin Abdul Kadir tidak menafikan parti yang paling ramai wakil rakyat perlu letak di atas sekali sama ada kerajaan atau pembangkang.

“Siapa yang paling berkuasa dalam mana-mana kerajaan jika bilangan MP mereka paling ramai walaupun tidak memegang jawatan utama negara,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Ustaz Sharipudin meminta parti politik Melayu berhenti mengamalkan sikap buruk seperti angkuh antara satu sama lain ketika rakyat dalam kesusahan.

“Cukuplah bertelingkah kita satu bangsa dan satu agama. Kenapa begitu teruk parti-parti Melayu.

“Adakah hati sudah gelap. Pintu hidayah telah tertutup rapat. Ini bermakna mereka menadah bala untuk bangsa dan negara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button