Berita Utama

Awang Sariyan terima Anugerah Tokoh Penggiat Sastera Johor

Konsisten dengan perjuangan martabatkan bahasa kebangsaan

JOHOR BAHRU, 29 Zulhijjah 1442H, Ahad – Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan, dipilih menerima Anugerah Tokoh Penggiat Sastera Johor dalam Anugerah Sastera Johor ke-12 bagi tahun 2021.

Penganugerahan ini berkat usaha dan konsistensi beliau dalam perjuangan mengangkat dan memartabatkan bahasa kebangsaan, tanpa mengira konteks perubahan.

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, anugerah itu membuktikan kerajaan negeri mengiktiraf sumbangan serta jasa penggiat karyawan dan penulis yang ada di negeri ini.

Katanya, pihaknya berbesar hati mengiktiraf perjuangan anak jati Johor dalam bahasa, sastera dan persuratan.

“Syabas kepada beliau. Usaha dan keringat perjuangan yang dicurahkan selama ini sungguh besar ertinya kepada kita semua. Perjuangan beliau wajar diteladani semua pihak.

“Kerajaan Johor akan sentiasa mendapatkan pandangan untuk menambahbaik pengiktirafan supaya lebih bersifat menyeluruh,” katanya seperti dilapor media tempatan hari ini.

Dalam pada itu, Hasni berkata, pengiktirafan itu secara langsung membuka peluang lebih besar kepada karyawan dan penulis untuk mengetengahkan bakat serta kualiti penulisan masing-masing.

Beliau yakin walaupun dalam keadaan pandemik, golongan karyawan masih mempunyai ilham serta idea yang bernas bagi melahirkan sebanyak mungkin karya kreatif, kritis dan berkualiti.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button