Dunia

India lulus vaksin Johnson & Johnson untuk kecemasan

Hanya 8 peratus penduduk yang lengkap dua dos

NEW DELHI, 29 Zulhijjah 1442H, Ahad – India pada Sabtu meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 Johnson & Johnson bagi tujuan kecemasan, untuk meningkatkan kempen imunisasi ketika kebimbangan terhadap gelombang jangkitan wabak.

Menteri Kesihatan, Mansukh Mandaviya berkata, kelulusan itu akan meningkatkan usaha melawan wabak di India, selepas sekurang-kurangnya 200,000 nyawa terkorban dalam gelombang dua bulan hingga pertengahan Jun lalu.

“India memperluas kelulusan vaksinnya. Vaksin dengan satu dos iaitu Johnson & Johnson telah diberikan kelulusan untuk tujuan penggunaan kecemasan di India,” kata menteri itu di Twitter.

Negara yang memiliki populasi 1.3 bilion penduduk itu telah memberikan 500 juta dos vaksin setakat ini, namun hanya lapan peratus sahaja individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan. 

Johnson & Johnson adalah vaksin kelima yang diluluskan di India setelah Oxford-AstraZeneca, Sputnik V dan Moderna.

India ketika ini kekal sebagai negara paling teruk terjejas selepas Amerika Syarikat, dengan lebih 32 juta kes direkodkan dan 427,000 kematian.

Bukan hanya meragui jumlah sebenar kes, pakar juga menganggap langkah vaksinasi yang perlahan menjadikan India berisiko berdepan peningkatan kes jangkitan baharu. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button