Berita Utama

Jangan guna lagi alasan ‘bodoh’ jika ada kes pasang bendera terbalik

Adakah sabotaj atau sikap memberontak terhadap identiti negara?

BANGI, 29 Zulhijjah 1442H, Ahad – Alasan ‘remeh’ setiap kali wujud kesilapan dalam setiap insiden pemasangan Jalur Gemilang sangat tidak boleh diterima dan begitu menjengkelkan. 

Seperti tahun sebelum ini, apabila kes bendera terbalik dilaporkan berlaku, ia berakhir tanpa sebarang tindakan kerana alasan ‘bodoh’ dan tidak munasabah diberikan, namun diterima oleh pihak berkuasa.

Hakikatnya, alasan kononnya tersilap atau dipasang oleh warga asing hanyalah bentuk sandiwara dan penipuan pihak tertentu demi agenda serta ideologi komunis.

Ketua Pemuda BERJASA, Ustaz Fahmi Bazlan Muda berkata, terdapat segelintir masyarakat pendatang yang tidak lagi menghormati kontrak sosial sebagai syarat menjadi warganegara Malaysia.

“Saban tahun bila menjelang bulan kemerdekaan negara Malaysia, ada sahaja isu pemasangan bendera secara terbalik.

“Kes-kes yang berlaku dilihat sebagai sabotaj dan sikap memberontak terhadap identiti negara yang tersemat pada Jalur Gemilang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak lagi mencetuskan insiden sama dengan sengaja memasang bendera Malaysia secara terbalik.

“Secara tidak langsung, sikap biadab itu mencerminkan budaya rasis serta tidak bertanggungjawab terhadap syarat kewarganegaraan dan taat setia kepada Rukun Negara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button