Berita Utama

Rosni Sohar letak jawatan Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN

Keputusan selaras dengan peletakan jawatan Ketua Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 29 Zulhijjah 1442H, Ahad – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Rosni Sohar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkuat kuasa semalam.

Rosni yang juga Setiausaha Wanita UMNO dalam kenyataan berkata, keputusan itu selaras dengan peletakan jawatan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad sebagai Menteri Pengajian Tinggi yang diputuskan dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos lepas.

Pada 6 Ogos lepas Noraini mengumumkan peletakan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.

“Saya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut setia dan patuh atas ketetapan yang telah dibuat oleh pihak parti,” katanya.

Rosni turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan PTPTN atas kerjasama yang baik. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button