Berita Utama

Syor lantik ahli profesional, teknokrat jawatan menteri elak politiking

Negara perlu buah fikiran meski tiada kekuatan akar umbi

BANGI, 29 Zulhijjah 1442H, Ahad – Sudah tiba masanya lebih ramai ahli profesional dan teknokrat dilantik ke jawatan menteri tertentu bagi mengurangkan politiking.

Biarpun golongan berkenaan tidak mempunyai kekuatan akar umbi seperti ahli politik, tetapi negara lebih memerlukan tenaga dan buah fikiran mereka.

Demikian syor Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain susulan krisis politik semasa sehingga berlaku peletakan jawatan dalam Kabinet.  

Ia termasuk keputusan Datuk Seri Noraini Ahmad melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi – iaitu pemimpin UMNO kedua berbuat demikian selepas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Dr Mohd Izani berkata, sejak menteri UMNO menyertai kerajaan PN, memang diakui mereka dihimpit dua kepentingan berbeza.

“Apabila seorang menteri itu dilantik, mereka tertakluk kepada keputusan kerajaan khususnya perdana menteri di bawah prinsip kebertanggungjawaban bersama,” katanya.

Menulis di Berita Harian (BH) hari ini, Dr Mohd Izani berkata, seorang menteri tidak boleh mempunyai pandangan peribadi yang bercanggah dengan keputusan Kabinet.

“Jika berlaku pandangan berbeza, seorang menteri itu hendaklah meletakkan jawatan atau boleh dipecat.

“Pada masa sama, menteri UMNO perlu akur dengan keputusan parti. Inilah dilema mereka apabila UMNO bukan lagi parti komponen PN,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button