Berita Utama

Hikmah Parlimen tangguh, rehat mata lihat gelagat ‘sarkis’ wakil rakyat

Ini pemimpin generasi akan datang? Sudah tentu tidak

BANGI, 30 Zulhijjah 1442H, Isnin – Sebenarnya ada hikmah apabila Sidang Khas Dewan Rakyat minggu lalu ditangguhkan ke bulan September depan, kata Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah. 

Beliau berkata, penangguhan itu sekurang-kurangnya dapat merehatkan mata rakyat daripada melihat gelagat ‘sarkis’ dan perbahasan pasar malam, serta perangai terkinja-kinja Ahli Parlimen ketika bersidang.

Sedangkan, tujuan pembukaan Parlimen bagi membahas kebajikan rakyat tidak diberikan prioriti, sebaliknya nafsu merebut kuasa menjadi perkara paling utama, katanya.

“Teramat menyakitkan, Ahli Parlimen langsung tidak mempunyai adab-adab berparlimen, suka-suka mencelah, suka-suka bercakap, suka-suka menggunakan bahasa kurang ajar, suka-suka menggunakan bahasa Inggeris dan banyak lagi.

“Dalam erti kata lain, Parlimen sudah menjadi carca merba dan ‘rojak’. Adab-adab dalam dewan yang mulia tidak dihiraukan lagi,” katanya dalam tulisan ruangan Kolumnis Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata, sebahagian ahli juga tidak nampak bercakap seperti negarawan. 

“Inikah ahli Parlimen yang diharapkan untuk memimpin kita dan generasi akan datang? Sudah tentu tidak.

“Peliknya, tidak padan yang tua, perangai dan kelakuan segelintir ahli Parlimen macam budak-budak. 

“Tidakkah kita merasa malu kepada generasi akan datang yang menonton secara langsung?,” soalnya. 

BACA PENUH TULISAN PROF DR RIDHUAN TEE ABDULLAH MENGENAI BEZA POLITIK CINA DAN MELAYU DI RUANGAN ARTIKEL KHAS ISMAWEB.NET

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button