Berita UtamaDunia

Arab Saudi tawar permit umrah kepada warga berusia 12-18 tahun lengkap 2 dos vaksin

Jemaah perlu patuh prosedur kesihatan bagi menjamin keselamatan

JEDDAH, 1 Muharam 1443H, Selasa – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan bahawa jemaah tempatan berusia 12 hingga 18 tahun boleh memperoleh permit umrah sekiranya mereka telah menerima dua dos vaksin.

Pengumuman itu disusuli dengan perasmian musim umrah 2021 pada 10 Ogos.

Lebih daripada 13,000 permit dikeluarkan untuk kumpulan umur ini, yang membolehkan mereka menunaikan umrah dan mengunjungi Masjid Nabawi.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr Abdul-Fattah bin Suleiman Mashat berkata, permit umrah dikeluarkan menerusi aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna, dengan sistem perkhidmatan bersepadu dan langkah-langkah pencegahan yang menjamin keselamatan dan kesihatan mereka yang ingin menunaikan ibadah umrah.

Katanya, kementerian bekerjasama dengan pihak berkuasa lain sebelum musim umrah tahun ini bagi mewujudkan mekanisme eksekutif dan persekitaran yang selamat untuk jemaah.

Beliau menegaskan mengenai keperluan mematuhi prosedur kesihatan yang ditetapkan oleh kementerian bagi memastikan keselamatan jemaah dan pekerja serta untuk mencegah penyebaran coronavirus.

“Permit umrah mesti diperoleh melalui permohonan Eatmarna dan Tawakkalna,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button