Berita Utama
SPRM tahan Datuk Bandar Johor Bahru disyaki terima rasuah
Adib didakwa ambil rasuah daripada kontraktor sebagai habuan luluskan projek

JOHOR BAHRU, 1 Muharram 1443H, Selasa – Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengambil rasuah daripada kontraktor sebagai habuan untuk meluluskan projek.
Datuk Adib Azhari Daud, 60, ditahan di Pejabat SPRM Johor pada jam 3 petang, hari ini.
Beliau didakwa menerima rasuah ketika menjadi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), sebelum menjawat kedudukannya sekarang sebagai Datuk Bandar MBJB.
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias seperti dilapor The Star mengesahkan penahanan itu.
“Permohonan reman akan dibuat pada hari Rabu (11 Ogos) di Mahkamah Majistret di sini,” katanya, sambil menambah bahawa kes itu disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM.
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.