Berita Utama

Harga petrol, diesel kekal

Kuat kuasa bagi tempoh 12 Ogos sehingga 18 Ogos 2021

BANGI, 2 Muharram 1442H, Rabu – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada paras RM2.74 serta RM2.05 seliter.

Sementara, bagi harga runcit diesel juga masih pada paras sama iaitu RM2.15 seliter, bagi tempoh 12 Ogos sehingga 18 Ogos 2021.

Ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button