Iraq rancang keluar 8 juta tong minyak sehari pada akhir 2027
Negara pengeluar lain turut pertimbang rancangan ekoran cabaran pasaran minyak

BAGHDAD, 2 Muharram 1443H, Rabu – Iraq merancang untuk meningkatkan pengeluaran minyak kepada lapan juta tong sehari (BPD) pada akhir tahun 2027, kata Menteri Minyaknya, Ihsan Abdul Jabbar kepada agensi berita Iraq (INA).
Jurucakap Kementerian Minyak, Assem Jihad juga mengatakan kepada INA bahawa negara-negara pengeluar yang lain kini mempertimbangkan kembali perancangan mereka susulan cabaran yang dihadapi oleh pasaran minyak.
“Kenaikan telah dihitung sesuai dengan pemboleh ubah dan perkembangan pasaran minyak, dan adalah sukar untuk menjangkakan keadaan pasaran minyak,” kata Jihad.
Iraq adalah pengeluar minyak mentah kedua terbesar dalam Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) setelah Arab Saudi, dan memegang rizab minyak mentah kelima terbesar di dunia. – Agensi