Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Laporan mengenai surat Yang Dipertua Dewan kepada PM adalah palsu

Surat kepada PM menyatakan bahawa kerajaan telah hilang majoriti

KUALA LUMPUR, 2 Muharram 1443H, Rabu – Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menafikan beliau ada mengeluarkan surat kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya telah hilang majoriti.

Azhar Azizan berkata dakwaan berkenaan sepertimana dilapor sebuah portal adalah palsu.

“Saya menafikan laporan berita itu dan ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa surat kepada YAB Perdana Menteri seperti yang dilaporkan. Berita itu adalah palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, laporan berita portal Suara.TV bertarikh 11 Ogos, bertajuk “Perdana Menteri Terima Surat Speaker Maklum Tiada Majoriti, Mahu Bubar Parlimen” mendakwa Azhar Azizan selaku Speaker Dewan Rakyat telah memaklumkan perdana menteri mengenai perkara itu.

Pautan laporan yang tular di media sosial bagaimanapun kini tidak lagi boleh dibuka melalui portal berkenaan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button