Dunia

New Zealand benar pelancong sudah vaksin masuk tahun depan

Pengecualian kuarantin kepada individu dari negara berisiko rendah

WELLINGTON, 3 Muharram 1443H, Khamis –  New Zealand merancang untuk membenarkan kemasukan pelancong yang telah divaksin dari negara berisiko rendah bermula awal tahun depan, kata Perdana Menteri, Jacinda Ardern hari ini. 

Ardern berkata, kerajaan akan beralih kepada model berdasarkan risiko individu untuk perjalanan bebas kuarantin dari suku pertama 2022 menerusi tahap rendah, sederhana dan tinggi. 

Katanya, pelancong yang sudah divaksin dari negara berisiko rendah dibenarkan memasuki New Zealand tanpa perlu kuarantin, sementara bagi negara berisiko sederhana dan tinggi diwajibkan melakukan pengasingan diri selama 14 hari. 

“Kita belum dapat membuka (sempadan) sepenuhnya. Namun fasa peralihan ini dibuat dengan berhati-hati dan yakin dengan langkah berkenaan,” katanya.

Ardern mendapat pujian global terhadap usaha menangani pandemik COVID-19. Negara itu hanya mencatatkan 2,500 kes dan 26 kematian. 

Ardern berkata, negara itu juga akan mempercepatkan pemberian vaksin untuk semua peringkat umur pada 1 September, selain mengubah jurang 6 minggu antara dos untuk memastikan lebih ramai rakyat New Zealand menerima sekurang-kurang satu dos vaksin. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button