Berita UtamaDunia

17 maut, 1,400 dipindahkan akibat banjir kilat di Turki

Turut rosakkan infrastruktur, 330 kampung terputus bekalan elektrik

ISTANBUL, 4 Muharram 1443H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 17 orang maut selepas banjir kilat di kawasan Laut Hitam Turki yang menyebabkan jambatan dan jalan raya rosak.

Bencana alam kedua yang melanda negara itu menimbulkan kekacauan di wilayah utara tatkala pihak berkuasa melaporkan beberapa kebakaran hutan di wilayah pesisir selatan selama dua minggu telah dikawal.

Banjir dan kebakaran – yang mengorbankan lapan orang dan memusnahkan puluhan ribu hektar hutan – berlaku pada minggu yang sama.

Pihak berkuasa berkata, 15 orang terbunuh susulan banjir di wilayah Kastamonu dan dua lagi maut di Sinop.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turki berkata, lebih 1,400 orang dipindahkan dari kawasan yang terjejas dengan bantuan helikopter dan kapal.

“Kira-kira 740 orang ditempatkan di asrama pelajar.

“Banjir itu merosakkan infrastruktur elektrik, menyebabkan kira-kira 330 kampung terputus bekalan elektrik.

“Lima jambatan runtuh dan banyak lagi yang rosak, menyebabkan penutupan jalan,” katanya.

Katanya lagi, hujan lebat di wilayah itu dijangka reda pada Khamis malam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button