Berita UtamaDunia

Israel beku perintah roboh rumah keluarga Palestin di Silwan

Penduduk melihat keputusan mahkamah sekadar tangguh bukan batal

BAITULMAQDIS, 4 Muharram 1443H, Jumaat – Negara pengganas Israel membekukan sebahagian besar perintah perobohan rumah Palestin di kawasan Silwan, di sini.

Bagaimanapun, mahkamah sama memerintahkan pembekuan itu membenarkan perobohan 16 rumah untuk terus berjalan sekali gus menunjukkan bahawa keputusan tersebut hanya sekadar menangguhkan dan bukannya pembatalan.

Hakim Sigal Albo berkata, beliau telah mencapai kesimpulan bahawa ‘ada ruang untuk memberi lanjutan tertentu.’

Biarpun begitu, keluarga Palestin melihatnya hanya sebagai penundaan perobohan yang tidak dapat dielakkan dan bukan kemenangan.

Pemilik harta tanah di kawasan Baitulmaqdis Timur, khususnya Silwan berusaha untuk menjaga kediaman mereka melalui jalan undang-undang di mahkamah Israel.

Sejak awal tahun ini, sekurang-kurangnya 81 rumah Palestin di Baitulmaqdis Timur dirobohkan atas perintah pihak berkuasa pendudukan Israel.

Pemilik terpaksa melakukan perobohan itu sendiri atau membayar pihak berkuasa untuk melakukannya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button