Berita Utama

Kerajaan setuju laksana Undi 18 tanpa tunggu pendaftaran automatik

Satu RUU Pindaan Perlembagaan akan dibentang di Parlimen: Muhyiddin

BANGI, 4 Muharram 1443H, Jumaat – Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik yang akan mengambil masa.

Justeru, satu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan di Parlimen untuk tujuan berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas ‘Bersama memulihkan Negara’, hari ini.

“Saya berharap, dengan adanya kerjasama bipartisan di Parlimen, rang undang-undang ini akan dapat diluluskan,” katanya.

Pada masa sama, Muhyiddin berjanji bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung Julai tahun depan.

Bagaimanapun, beliau berkata, pelaksanaan proses demokrasi itu masih bergantung kepada situasi pandemik COVID-19.

“Saya tidak berhasrat untuk terus berpaut pada dahan kuasa.

“Dalam keadaan ini, adalah wajar mandat dipulangkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu apabila tiba masa yang lebih sesuai,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button