Berita Utama

PICK akan mulakan vaksinasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun: Khairy

Vaksinasi ikut keutamaan iaitu remaja punyai masalah penyakit kronik

KUALA LUMPUR, 4 Muharram 1443H, Jumaat – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan memulakan proses vaksinasi kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, kata Menteri Penyelarasnya, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, PICK akan memulakan vaksinasi mengikut keutamaan iaitu remaja (12 hingga 17 tahun) yang mempunyai masalah penyakit kronik, diikuti individu remaja (12 hingga 17 tahun) tanpa masalah perubatan dan berdasarkan penurunan umur.

Khairy berkata, kaedah ini dilaksanakan mengikut saranan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

“Pengumuman akan dibuat minggu depan oleh @JKJAV tentang bagaimana vaksinasi COVID-19 untuk remaja akan dilaksanakan selari dengan pekeliling @DGHisham dan garis panduan klinikal terkini,” kata Khairy menerusi satu ciapan di laman Twitter. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button