Uncategorized

5 RUU berkaitan Islam jadi tumpuan kerajaan ketika ini

Antaranya RUU Mahkamah Syariah, RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam

ALHAMDULILLAH, saya amat gembira meneliti laporan perkembangan 28 Rang Undang-Undang/Kaedah-Kaedah yang sedang diusahakan oleh pihak kerajaan. Sebahagiannya telah hampir disempurnakan dengan kerjasama semua pihak yang terlibat.

Bagi tahun 2021, antara fokus kerajaan adalah:

📂 Rang Undang-Undang Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Doktrin Atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2021;

📁 Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Di Bawah Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 [Akta 814]. Terdapat 9 Kaedah-Kaedah di bawahnya;

📁 Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021;

📁 Rang Undang-Undang Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan); dan

📁 Rang Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan).

Saya mohon doa daripada semua umat Islam agar usaha ini dipermudahkan bagi memartabatkan perundangan Islam di Malaysia.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button