Pendapat

ISMA lancar kempen bulan kemerdekaan negara ke-64

Dilancarkan hari ini jam 9 malam bertemakan 'Demi Negara'

30 minit demi negara…

Apalah sangat jika dibandingkan 63 tahun negara ini menaungi dan memayungi kehidupan kita dengan izin Allah.

Di tanah ini kita menggali segalanya. Kebaikan, kebahagiaan, kedamaian dan kemakmuran, maka untuk 30 minit ini mari kita tunjukkan rasa cinta dan setia kita kepada negara.

Dalam 30 minit ini kita berdoa bersama-sama, kita saling ingat mengingati dan menzahirkan rasa syukur kita pada Yang Maha Esa atas segala nikmat yang telah dicurahkan ke atas negara yang tercinta ini.

Kita tidak bersendirian. Kita ditemani oleh Al Fadhil Ustaz Fadhil Yahya, Mudir Tarbiah Muda yang tidak putus-putus usahanya membekalkan anak bangsa dengan ilmu akhirat.

Kita juga ditemani oleh Al-Fadhil Dr Ahmad Sanusi bin Azmi, pakar hadis negara kita yang akan berkongsi pesanan dan peringatan buat kita untuk terus menikmati kemerdekaan dalam rangka syarak.

Kita juga bakal disentap oleh Pengasas Tarbiah Sentap yang menjadi rujukan remaja dan anak muda hari ini dalam memastikan mereka terus berada di atas jalan kebaikan.

Dan kita juga pastinya ditemani oleh rasa cinta, sayang dan harap kita pada negara dan tanah air tercinta ini.

Ayuh! Set reminder anda untuk sesi live kita malam ini di pautan berikut
https://www.facebook.com/1595905897351932/posts/2959647284311113/ untuk di Facebook.

Dan jika anda ingin mengikutinya di Youtube, sila klik pautan berikut :
https://www.youtube.com/watch?v=Q5-BJlyM1qs

#deminegara
#inicarakita
#wargaunggul
#kuatdeminegara
#ismamerdeka

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button