Berita Utama

Mesyuarat Kabinet tergempar petang ini?

Dipercayai akan dihadiri menteri, timbalan

BANGI, 5 Muharram 1443H, Sabtu – Timbul desas-desus mengatakan satu mesyuarat Kabinet tergempar akan berlangsung jam 4 petang ini.

Mesyuarat Kabinet itu diadakan selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa sudah tidak lagi mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Memetik laporan Utusan Malaysia, mesyuarat yang akan diadakan di Putrajaya itu akan dihadiri oleh menteri-menteri dan timbalan menteri.

Difahamkan, Ketua Whip parti turut akan hadir sama dalam mesyuarat tersebut.

Semalam, Muhyiddin mengemukakan cadangan persefahaman rentas parti bagi membolehkan usul percaya kepada Perdana Menteri diluluskan dengan undi bipartisan di Dewan Rakyat, sekali gus kerajaan boleh terus berfungsi mengurus pandemik hingga tiba masa sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri berkata, beliau sudah berunding dengan anggota Kabinet dan pimpinan parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk membuat keputusan terbaik demi rakyat dan negara, bukan untuk kepentingan peribadi serta rakan-rakan lain.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button