Berita UtamaDunia

Rejim Zionis ledak bom tangan leraikan himpunan di Masjid Ibrahimi

Bantah cubaan negara pengganas 'meyahudikan' tempat ke-4 paling suci umat Islam

RAMALLAH, 5 Muharram 1443H, Sabtu – Tentera negara pengganas Israel menyerang jemaah muslim Palestin menggunakan bom tangan selepas mereka menunaikan solat Jumaat di Masjid Ibrahimi di Hebron, Tebing Barat.

Tentera rejim Zionis turut melepaskan gas pemedih bagi meleraikan perhimpunan menyebabkan ramai menderita sesak nafas akibat terhidu gas.

Terdahulu, ratusan jemaah dari Hebron, bandar serta kampung berdekatan berkumpul ke tempat suci itu.

Ini susulan gesaan Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama kepada jemaah untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Ibrahimi sebagai ‘penolakan’ mengenai tindakan pendudukan di sana.

Isnin lalu, Kementerian Pertahanan Israel berkata, ia telah memulakan projek di halaman masjid untuk membina laluan yang menghubungkan secara langsung kawasan parkir ke masjid dan memasang lif elektrik.

Langkah itu dilihat oleh rakyat Palestin sebagai usaha untuk ‘meyahudikan’ tempat suci sekali gus mengambil alihnya oleh pihak berkuasa pendudukan Israel.

Masjid berkenaan dianggap sebagai tempat keempat paling suci bagi umat Islam dan kawasan kedua paling suci di Palestin.

Palestin mendakwa Israel cuba mengubah sifat Islam dan sejarah masjid.

Masjid itu berada dalam senarai warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button