Berita Utama

Individu lengkap dua dos lebih sejuta setakat semalam

44.5 peratus telah lengkapkan dua dos suntikan vaksin

KUALA LUMPUR, 6 Muharram 1443H, Ahad – Sebanyak 31.9 peratus atau 10,425,300 populasi negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya, beliau memaklumkan seramai 16,868,615 orang atau 51.7 peratus telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 27,293,915 dos.

Mengikut peratusan, 72.1 peratus daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama manakala 44.5 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 442,150 dos diberikan semalam dengan 161,049 adalah dos pertama manakala 281,101 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
— Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button