Berita Utama

Muhyiddin serah surat letak jawatan pada Agong esok?

PM sudah cuba sebaik mungkin pertahan kerajaan

BANGI, 6 Muharram 1443H, Ahad – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, esok.

Redzuan berkata, Muhyiddin memaklumkan perkara itu kepada Ahli Parlimen Bersatu dalam pertemuan kira-kira dua jam tadi.

“Esok akan ada mesyuarat khas Kabinet sebelum Muhyiddin menghadap Agong untuk mempersembahkan surat peletakan jawatan,” katanya seperti dipetik portal Malaysiakini.

Redzuan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dilaporkan berkata, Muhyiddin sudah mencuba sebaik mungkin untuk mempertahan kedudukannya dan kerajaan, namun ikhtiarnya tidak membuahkan hasil.

“Maka terserah kepada Agong untuk menggunakan kebijaksanaan baginda bagi membuat keputusan. Kami mengikut Perlembagaan, tak boleh membantah,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button