Berita Utama

Tiada patung lilin pemimpin komunis China di i-City

Premis telah ditutup sejak Mac 2020 kerana PKP

SHAH ALAM, 6 Muharram 1443H, Ahad – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah membuat pemantauan di Red Carpet, Muzium Patung Lilin di i-City, di sini, dan mendapati tiada patung lilin pemimpin komunis China seperti yang tular di dalam sebuah blog baru-baru ini.

“Pihak MBSA turut memeriksa dan mendapati premis itu telah ditutup sejak Mac 2020 disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) ekoran pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, MBSA memohon kerjasama orang ramai supaya mendapatkan fakta yang tepat dan sahih sebelum menyiarkan sesuatu maklumat sama ada melalui platform media sosial atau media massa kerana boleh menimbulkan kekeliruan serta gambaran yang kurang jelas kepada orang awam.
— Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button