Berita Utama

Agong terima peletakan jawatan Muhyiddin

Pengunduran PM, anggota Kabinet disah Khairy dalam hantaran di Instagram

KUALA LUMPUR, 7 Muharram 1443H, Isnin – Yang di-Pertuan Agong menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, lapor MalaysiaNow.

Terdahulu, Muhyiddin tiba di Istana Negara kira-kira jam 12.30 tengah hari untuk menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengunduran diri Muhyiddin yang juga bermaksud pengunduran kerajaan, disahkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dalam satu hantaran di Instagramnya.

“Kabinet telah menyerahkan pengunduran kami kepada Agong. Terima kasih atas peluang untuk, sekali lagi, berbakti kepada negara.

“Semoga Tuhan memberkati Malaysia,” kata Khairy.

Muhyiddin dijadualkan membuat pengumuman mengenai kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) petang ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button