Berita Utama

Bekas pegawai kanan PBT disyaki terima rasuah dibebaskan dengan jaminan SPRM

Perintah tamat reman dikeluarkan Majistret Normadiana Mamat

JOHOR BAHRU, 7 Muharram 1443H, Isnin – Seorang bekas pegawai kanan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang direman enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah ketika bertugas di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dibebaskan hari ini dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah tamat reman itu dikeluarkan Majistret Normadiana Mamat dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000 tanpa deposit dan seorang penjamin berserta syarat melapor diri di pejabat SPRM berhampiran pada setiap bulan.

Lelaki berusia 60 tahun itu direman tiga hari bermula 11 hingga 13 Ogos lepas dan dilanjutkan tiga hari lagi sebelum dibebaskan hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Pada 10 Ogos lepas, individu berkenaan ditahan SPRM selepas disyaki menerima rasuah daripada kontraktor ketika berkhidmat di MBIP. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button