Dunia

Filipina arah rakyatnya di Afghanistan segera berpindah

Kini Kabul sudah jatuh ke tangan Taliban

MANILA, 7 Muharram 1443H, Isnin – Filipina mengarahkan 130 rakyatnya yang berada di Afghanistan dipindahkan segera selepas Kabul jatuh ke tangan Taliban.

Pada Ahad, Jabatan Luar Negeri Filipina meningkatkan tahap amaran di Afghanistan ke tahap empat, amaran keselamatan tertinggi dikeluarkan kepada pelancong dan pekerja Filipina yang berada di negara itu, lapor Xinhua.

“Keadaan keselamatan semakin buruk di Afghanistan menyaksikan Presiden Afghanistan Mohammad Ashraf Ghani terpaksa melarikan diri.

“Di bawah tahap amaran itu, kerajaan Filipina mewajibkan pemindahan semua warga Filipina dari kawasan itu,” demikian menurut kenyataan jabatan berkenaan.

Kedutaan Besar Filipina di Pakistan, yang ditauliahkan serentak ke Afghanistan, berkerjasama rapat dengan jabatan itu berhubung proses membawa pulang warga Filipina menerusi penerbangan sewa khas. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button