Berita UtamaDunia

Greece catat kematian pertama pesakit lengkap vaksinasi

Pesakit tiada masalah kesihatan lain, sudah amal langkah berjaga-jaga

ATHENS, 7 Muharram 1443H, Isnin – Greece mencatatkan kematian pertama pesakit yang telah menerima vaksin COVID-19 sepenuhnya dan tanpa sebarang simptom, kata seorang pegawai di salah sebuah hospital terkemuka di negara itu, semalam.

“Kami melihat kematian pertama dari pesakit yang diberi vaksin sepenuhnya… ini adalah yang pertama di antara (sekitar) 13,000 kematian di Greece,” kata pengarah salah satu unit rawatan rapi (ICU) Hospital Papanikolaou Thessaloniki, Nikos Kapravelos kepada Open TV.

Lelaki itu, yang dilaporkan oleh media Greece adalah seorang doktor gigi berusia 70 tahun, dan tidak mempunyai masalah kesihatan yang lain, kata Kapravelos.

Lelaki itu telah mengambil semua langkah berjaga-jaga sementara isteri dan anak-anaknya juga diberi vaksin, katanya.

Lebih 13,200 orang telah mati akibat virus berkenaan di Greece, dengan rata-rata berusia 78 tahun.

Terdapat kebimbangan bahawa kepulangan ratusan ribu pelancong ke bandar pada musim luruh akan mencetuskan gelombang pandemik keempat di negara itu.

Kes COVID-19 baru melonjak minggu lalu, mencecah lebih 4,000 pada hari Rabu berbanding sekitar 2,800 minggu sebelumnya.

Beberapa peningkatan jangkitan telah diperhatikan di pulau-pulau Greece. 

Mykonos melaksanakan perintah berkurung pada bulan Julai setelah berlakunya peningkatan kes. 

Sekatan serupa dikenakan di Zakynthos dan di dua bandar di Crete dalam beberapa hari kebelakangan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button