Berita Utama

Kenderaan Peguam Negara memasuki Istana Negara

Anggota polis turut meningkatkan kawalan di pintu-pintu masuk Istana Negara

KUALA LUMPUR, 7 Muharram 1443H, Isnin – Kenderaan membawa Peguam Negara memasuki Pintu Utama Istana Negara pada 10.47 pagi untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kawasan itu mula dipenuhi pengamal media tempatan dan antarabangsa seawal 8 pagi bagi menunggu ketibaan Perdana Menteri yang dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong tengah hari ini.

Anggota polis turut meningkatkan kawalan di pintu-pintu masuk Istana Negara selain meletakkan kon penghadang bagi memastikan petugas media yang membuat liputan menjaga penjarakan fizikal dan mematuhi prosedur operasi standard. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button