Dunia

Panik mahu tinggalkan Afghanistan, 5 maut di lapangan terbang

Mangsa maut selepas terjatuh dari tangga untuk masuk ke kapal terbang

KABUL, 7 Muharram 1443H, Isnin – Tindakan Taliban mengambil alih Afghanistan telah menimbulkan panik dalam kalangan penduduk di negara ini.

Keadaan itu menyebabkan sekurang-kurangnya lima maut selepas orang ramai berpusu-pusu ke Lapangan Terbang Kabul untuk melarikan diri.

Hampir kesemua kematian diakibatkan oleh orang ramai cuba memanjat tangga automatik memasuki pesawat sebelum terjatuh dan menghempap orang di bawah.

Sebelum itu, tentera Amerika Syarikat (AS) dilapor melepaskan tembakan ke udara di Lapangan Terbang Kabul selepas keadaan semakin tidak terkawal.

Ia berikutan tindakan orang ramai yang berasak-asak mahu menaiki pesawat meninggalkan negara ini.

Bunyi tembakan tentera AS turut kedengaran dalam beberapa rakaman video yang dikongsi di laman sosial.

Tentera AS kini mengawal dan menguasai Lapangan Terbang Kabul bagi memastikan proses pemindahan berjalan lancar.

Sementara itu, sejumlah penduduk Afghanistan yang sebelum ini melarikan diri ke Pakistan sudah mula masuk semula ke negara ini selepas Taliban memberi jaminan akan membentuk kerajaan yang lebih baik. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button