Semua ketua parti politik menghadap Agong esok?
Turut dijemput Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara
PETALING JAYA, 7 Muharram 1443H, Isnin – Ketua parti politik dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, esok dipercayai berkaitan isu calon Perdana Menteri baharu.
Menurut sumber, perjumpaan dijangka berlangsung tengah hari yang turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.
“Esok ada perjumpaan di Istana Negara antara ketua-ketua parti dengan Agong. Dua Speaker dijemput,” katanya kepada Utusan Malaysia, malam ini.
Terdahulu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyembah warkah surat peletakkan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong setelah hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Namun, Seri Paduka berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.