Pendapat

Semua parti tidak ada majoriti, apa selanjutnya?

Perintahlah! Rakyat akan sokong kerajaan yang betul dan adil

1. YANG di-Pertuan Agong (YDPA) akan menggunakan kuasa budi bicara melantik Perdana Menteri (PM) yang pada hemat baginda seorang ahli Dewan yang mendapat sokongan majoriti.

2. Ini bererti wujudnya kerajaan minoriti. Untuk mengukuhkan kerajaan, tindakan terbaik ialah PM tawarkan CSA seperti mana yang PM Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) tawarkan kepada pembangkang tiga hari lepas.

3. Jika tidak, PM ada pilihan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan rentas parti. Ini lebih praktikal.

4. Bagaimana jika PM kerajaan minoriti memerintah tanpa menawarkan CSA atau menubuhkan kerajaan perpaduan? Politik negara tidak stabil dan ekonomi negara merudum.

5. Sebagai permulaan selepas memerintah, kerajaan baharu perlu melakukan perkara berikut: Jangan ulangi kesilapan kerajaan Barisan Nasional (BN), kesilapan kerajaan Pakatan Harapan (PH), dan kesilapan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

6. Apa itu kesilapannya? Bentuklah panel untuk mengkaji dan menilainya.

7. Perintahlah! Rakyat akan terus menyokong tindakan kerajaan yang betul dan adil. Rakyat sudah lama lelah.

Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
Penganalisis politik

Artikel ini telah disiarkan terlebih dahulu di Facebook penulis.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button