Pendapat

Siapa pun PM, rakyat hanya mahu kelestarian kehidupan

Tagih komitmen penuh kepimpinan negara pulihkan COVID-19

APA pun yang berlaku hari ni sama ada Perdana Menteri (PM) menyerahkan surat perletakan jawatan atau cadangan pembentukan kerajaan minoriti, seluruh rakyat berharap kacau bilau politk ini cepat berakhir.

Apa pun tindakan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), sama ada menerima surat perletakan jawatan PM atau tidak, seluruh rakyat terus menagih komitmen penuh kepimpinan negara untuk memulihkan negara dari pandemik COVID-19.

Siapa pun yang akan dilantik sebagai PM baharu, seluruh rakyat hanya mahu ekomoni diperkasakan untuk kelestarian hidup yang lebih baik.

Kami hanya mahu kestabilan politik.

Dan prestasi kerajaan serta seluruh jenteranya yang lebih cemerlang.

Pemimpin yang penuh integriti, professional, menjunjung tinggi Islam dan Perlembagaan, memperjuangkan hak bangsa Melayu dan menghormati institusi raja.

Namun, kami hanya mampu terus berharap dan berdoa. Perubahan di tangan yang punya kuasa!

Ir Ts Lukman Al Hakim

Setiausaha Agung Barisan Jemaah Islamiyah Se-Malaysia (BERJASA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button