Berita UtamaDunia

Negara haram Israel mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan

17,000 hektar hutan terbakar dalam tempoh dua hari

BAITULMAQDIS, 8 Muharram 1443H, Selasa – Negara pengganas Israel memohon bantuan antarabangsa bagi mengawal kebakaran hutan yang kini semakin merebak di luar kawalan.

Kementerian Luar berkata, kebakaran hutan di barat Baitulmaqdis itu memaksa ratusan penduduk untuk berpindah.

“Menteri Luar Negeri, Yair Lapid menghubungi rakan sejawatnya¬†di Greece dan meminta sokongan udara untuk membantu memadamkan kebakaran berhampiran Baitulmaqdis,” katanya dalam kenyataan.

Greece menyatakan kesediaannya untuk membantu rejim itu memadamkan kebakaran hutan.

Selain Greece, Israel turut meminta pertolongan dari Cyprus, Itali, Perancis dan beberapa negara lain.

Seramai 75 anggota bomba dan 10 pesawat dikerahkan bagi memadam kebakaran hutan yang memasuki hari kedua.

Sekurang-kurangnya 4,200 ekar (17,000 hektar) kawasan hutan terbakar dalam tempoh berkenaan.

Menurut pegawai perubatan, beberapa individu dirawat kerana terhidu asap, namun tidak kecederaan serius dilaporkan.

Siasatan berhubung kebakaran itu sedang dijalankan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button