Berita UtamaDunia

AS rampas lebih 3,000 kad vaksinasi palsu dari China

Warga AS enggan vaksin cari jalan elak sekatan COVID-19

WASHINGTON, 8 Muharram 1443H, Selasa – Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP) merampas lebih 3,000 kad vaksinasi coronavirus palsu yang disyaki dihantar dari China.

Tindakan itu susulan sebahagian besar warga Amerima Syarikat yang tidak divaksinasi sedang mencari jalan untuk mengelak sekatan berkaitan COVID-19.

Pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBPO) yang bekerja di pelabuhan Memphis menemui penghantaran mencurigakan dari Shenzhen, China dan dalam perjalanan ke daerah pusat perniagaan, New Orleans.

“Ini adalah penghantaran ke-15 malam itu, walaupun ke bandar-bandar yang berbeza. Di dalamnya terdapat 51 kad vaksinasi COVID-19 berkualiti rendah dan palsu.  

“Kad-kad itu mempunyai ruangan kosong untuk nama dan tarikh lahir penerima, pembuat vaksin, nombor lot, tarikh dan tempat vaksin diambil, serta logo Pusat Kawalan Penyakit (CDC) di sudut kanan atas,” katanya.

Kes COVID-19 di Amerika Syarikat tidak lama lagi boleh mencatat sebanyak 200,000 sehari, kata National Institutes of Health (NIH) memberi amaran.

Penularan cepat dari varian Delta telah menjadi punca peningkatan kes dan kemasukan ke hospital di Amerika Syarikat ke paras tertinggi dalam enam bulan.

Ini telah menjadikan negeri-negeri yang lain, seperti Hawaii, untuk mengenakan semula sekatan COVID-19. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button