Berita UtamaDunia

Hamas ikrar lawan penjajahan hingga Zionis ‘mengalah’

Rejim Israel terus lakukan pembunuhan jenayah keji

TEBING BARAT, 8 Muharram 1443H, Selasa – Empat warga Palestin terbunuh ketika pasukan tentera negara pengganas Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk sebuah kem pelarian di Tebing Barat yang diduduki.

Kejadian berlaku selepas tentera rejim Zionis menyerbu kem pelarian di Jenin semalam, terletak di bahagian utara Tebing Barat yang diduduki, kata Gabenor Bandar, Akram Rajoub kepada radio rasmi Voice of Palestin.

Katanya, tentera turut merampas mayat dua mangsa – yang identitinya masih belum diketahui.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan berkata, dua mangsa lagi dikenali sebagai Saleh Ammar, 19, dan Raed Abu Seif, 21.

Anadolu Agency melaporkan bahawa tentera Israel melepaskan peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah penduduk Palestin yang berdepan dengan mereka di kem pelarian.

Beberapa kumpulan Palestin di Jenin telah menyuarakan mogok umum pada Isnin bagi membantah pembunuhan tersebut.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengutuk pembunuhan oleh tentera Israel sebagai ‘jenayah keji.’

“Kami menyatakan kemarahan dan kecaman kami terhadap jenayah keji ini.

“Kami menegaskan penerusan polisi Israel ini akan mencetuskan ketegangan dan ketidakstabilan yang lebih banyak,” kata jurucakap PA, Nabil Abu Rudeineh.

Beliau juga menganggap kerajaan Israel ‘bertanggungjawab sepenuhnya atas peningkatan dan akibatnya.’

Selain itu, Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) berikrar akan meneruskan perlawanan terhadap penjajahan Israel selama puluhan tahun.

“Darah yang diberkati para syuhada Jenin ini adalah penjamin bagi meneruskan pertempuran pembebasan hingga keberangkatan (Israel) dari semua tanah Palestin kita,” kata jurucakap Hamas, Hazem Qasim.

Barisan Pembebasan Popular Palestin (PFLP) pula meminta untuk meneruskan konfrontasi dengan tentera Israel.

“Darah Palestin yang tumpah hari ini di Jenin tidak akan sia-sia,” tegasnya dalam satu kenyataan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button