Berita Utama

MKT UMNO mesyuarat malam ini putuskan nama calon PM

Surat akuan perlu dihantar ke Istana Negara sebelum 4 petang esok

KUALA LUMPUR, 8 Muharram 1443H, Selasa – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dilaporkan bermesyuarat malam ini, bagi memutuskan nama calon Perdana Menteri untuk diserahkan kepada Istana Negara, esok.

Keputusan perlu dimuktamadkan susulan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan surat akuan perlu dihantar kepada Istana Negara sehingga pukul 4 petang esok (18 Ogos).

Memetik media tempatan, mesyuarat yang dijangka dihadiri semua 38 Ahli Parlimen UMNO itu bagi memilih hanya satu nama sebagai calon Perdana Menteri. 

Mesyuarat akan dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan  bermula jam 8 malam.

Kemudian, Zahid akan mempengerusikan mesyuarat bersama Ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional pada pukul 9.30 malam, di sebuah hotel di ibu negara.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button