Berita Utama

Sidang DUN Kelantan diteruskan

Semua ADUN perlu jalani ujian saringan COVID-19

KOTA BHARU, 8 Muharram 1443H, Selasa – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadualkan pada 23 hingga 25 Ogos ini akan diteruskan, kata Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub.

Abdullah ketika dihubungi berkata, kedudukan kerajaan negeri tidak terjejas susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri serta seluruh Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN), semalam.

Abdullah berkata, persidangan itu bakal dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi membendung penularan COVID-19 selain semua Ahli DUN perlu menjalani ujian saringan wabak itu.

“Ini bagi memastikan tiada siapa antara mereka yang terlibat dalam Sidang DUN itu nanti ‘membawa’ jangkitan COVID-19, malah kita juga tidak akan membenarkan mereka yang mempunyai gejala untuk berada di dalam Dewan bagi mengelakkan risiko berlaku jangkitan penyakit itu,” katanya.

Persidangan DUN Kelantan yang berlangsung selama tiga hari itu akan dijalankan secara bersemuka di Kompleks Kota Darulnaim, di sini.

Kali terakhir DUN Kelantan bersidang ialah pada 13 April 2020 dan hanya selama 45 minit susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button