Dunia

Varian Lambda dikesan di Bangladesh

Dikenal pasti dari sampel jujukan genom yang diperoleh dari BCSIR

DHAKA, 8 Muharram 1443H, Selasa – Bangladesh telah mengesan kehadiran varian Lambda yang dijumpai dalam sampel seorang wanita berusia 49 tahun di Dhaka.

“Varian baharu itu dikenal pasti dari sampel jujukan genom yang diperoleh Majlis Penyelidikan Saintifik dan Industri Bangladesh (BCSIR) dan Universiti Jahangirnagar pada Mac.

“Kami kemudian menyerahkan laporan itu kepada Global Initiative on Sharing All Influenza Data (GISAID) Jerman untuk kajian lanjut dan hasil keputusan ujian adalah sama,” kata pegawai saintifik BCSIR, Salim Khan, kepada Agensi Anadolu.

Varian Lambda dipercayai berasal dari Peru dan menyumbang hampir 81 peratus kes di negara itu.

Bangladesh pada Isnin merekodkan 174 lagi kematian dan 6,959 kes jangkitan akibat COVID-19, menjadikan jumlah korban terkini mencecah 24,349 dan kes keseluruhan 1,425,861, menurut Direktorat Perkhidmatan Kesihatan Awam (DGHS). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button