Berita Utama

Agong bertemu Raja-Raja Melayu Jumaat ini

Bincang isu bakal calon Perdana Menteri dan kerajaan

BANGI, 9 Muharram 1443H, Rabu – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengadakan satu pertemuan khas dengan Raja-Raja Melayu Jumaat ini.

Pertemuan itu bagi membincangkan isu bakal calon Perdana Menteri dan kerajaan.

Mengesahkan perkara itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Istana Negara juga akan mengeluarkan kenyataan itu dalam masa terdekat hari ini.

“Benar, hari ini akan keluarkan kenyataan selepas jam 12 tengah hari, Insya-Allah,” katanya seperti dilapor Berita Harian hari ini.

Semalam, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap ketua parti di Istana Negara bagi mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut politik negara selepas Tan Sri Muhyiddin Yasin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Antara ketua parti yang dilihat hadir memasuki Istana Negara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button