Berita Utama

Banjir kilat akibat kepala air sebabkan kerosakan kawasan sekitar Yan

Kejadian turut jejaskan kawasan di sekitar Merbok, Sungai Petani

YAN, 9 Muharram 1443H, Rabu – Beberapa kawasan kampung dan taman perumahan di sekitar Gunung Jerai, di sini dilanda banjir kilat dipercayai akibat kejadian kepala air dari kawasan air terjun di kaki gunung itu, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah berkata, kejadian yang berlaku sekitar 4 petang itu turut menyebabkan limpahan air deras ke kawasan kediaman, sehingga menyebabkan kerosakan jalan raya dan kediaman.

“Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Negeri Kedah menerima panggilan dari Sistem MERS 999 banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan sekitar Gunung Jerai. PGO Kedah menggerakkan anggota dari tiga balai berhampiran ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan pada laporan awal telah berlaku satu kejadian tanah runtuh di Kilometer 8, Gunung Jerai serta dua lagi kejadian banjir kilat di sekitar kawasan Yan, yang melibatkan beberapa buah perkampungan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, banjir turut menjejaskan beberapa kawasan di sekitar Merbok, Sungai Petani. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button