Berita Utama

Sudah tentu keputusan PM ikut Perlembagaan

Muhyiddin amat hormati kedaulatan undang-undang

KUALA LUMPUR, 6 Muharram 1443H, Ahad – Segala keputusan yang diambil dan dilakukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tentu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Menurut beliau, semua keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri semestinya sudah mengambil kira situasi semasa dan seumpamanya.

“Perdana Menteri mempunyai pelbagai pilihan cuma perkara yang pasti, berdasarkan beberapa siri perbincangan di peringkat kerajaan dan kepimpinan beliau (Muhyiddin) amat menghormati kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan negara, ” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Doa Selamat sempena Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencapai 80 peratus imuniti kelompok di sini hari ini. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button