Berita Utama

Hanya 4 kes kematian babit individu lengkap dua dos vaksin

80 kes babit individu terima satu dos daripada keseluruhan 12,993

BANGI, 9 Muharram 1443H, Rabu – Analisis data klinikal angka kematian akibat COVID-19 menunjukkan hanya empat kematian membabitkan individu yang lengkap suntikan dos vaksin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berbanding jumlah keseluruhan kes kematian 12,993 yang dilaporkan.

“Analisis audit data klinikal terbaharu kami menunjukkan, daripada 12,993 kematian yang direkodkan, 80 kes (0.6 peratus) melibatkan individu yang menerima satu dos vaksin.

“Manakala 4 kes (0.03 peratus) melibatkan individu yang telah menerima dos penuh vaksin, ” katanya menerusi kenyataan di Twitter.

Terdahulu, data dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menunjukkan sebanyak 28,837,742 dos vaksin COVID-19 diberikan setakat semalam menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

JKJAV memaklumkan jumlah yang menerima dos pertama ialah 17,437,286 orang manakala 11,400,456 orang menerima dos kedua.

Sebanyak 53.4 peratus daripada jumlah populasi negara mendapat dos pertama manakala 34.9 peratus melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button