Berita Utama

Krisis politik: NGO Melayu, Islam serah memorandum ke Istana Negara esok

Bantu beri cadangan kepada Agong, pemimpin depani situasi semasa

BANGI, 9 Muharram 1443H, Rabu – Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam akan menyerahkan memorandum cadangan penyelesaian ke Istana Negara esok, berhubung krisis politik negara yang berlaku mutakhir ini.

Penyerahan memorandum cadangan akan dibuat di Pintu 3 Istana Negara pada jam 11 pagi esok. 

Memorandum itu disepakati bersama oleh NGO-NGO Melayu Islam melalui Pihak Gabungan Melayu (GABUNG) yang antaranya turut membabitkan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Cadangan penyelesaian itu dirangka oleh barisan pakar Perlembagaan, peguam, ahli akademik dan ahli bidang berkaitan, sebagai usaha membantu memberikan solusi kepada Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin negara dalam krisis yang berlaku. 

Difahamkan, penyerahan akan dibuat oleh beberapa wakil GABUNG bersama sidang media tanpa sebarang perhimpunan diadakan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button