Berita Utama

PAS ‘solid’ sokong Ismail Sabri calon PM ke-9

'Kita sokong sepenuhnya dan SD sudah siap untuk kita hantar'

BANGI, 9 Muharram 1443H, Rabu – Kesemua 18 ahli Dewan Rakyat PAS sebulat suara menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri seterusnya.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu dipersetujui selepas delegasi pimpinan parti yang beliau ketuai, selesai mengadakan pertemuan dengan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Menara Dato Onn, hari ini.

“Kita sokong sepenuhnya dan SD (akaun bersumpah) sudah siap untuk kita hantar (Istana Negara) petang ini. Kita sudah pun buat keputusan.

“(Di peringkat) PAS tiada isu lagi, semua 18 (Ahli Parlimen) ‘solid’ kita beri sokongan (kepada Ismail Sabri),” katanya seperti dipetik portal media tempatan.

Terdahulu, Tuan Ibrahim serta beberapa pemimpin PAS antaranya Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hasan dan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad hadir ke mesyuarat di Ibu Pejabat UMNO itu.

Turut hadir Ahli Pimpinan PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button