Berita Utama

PM ke-9: Sokongan terhadap Anwar bertambah, dakwa PKR

Enggan dedah jumlah atas arahan Istana Negara jaga kerahsiaan

BANGI, 9 Muharram 1443H, Rabu – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa sudah menerima sokongan daripada lebih 105 Ahli Parlimen sebagai calon Perdana Menteri.

Perkara itu didedahkan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menerusi laporan akhbar Berita Harian (BH), hari ini.

Bagaimanapun, Shamsul dilaporkan enggan mendedahkan jumlah pertambahan dan Ahli Parlimen mana yang memberikan sokongan berkenaan.

“Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim ada pertambahan (sokongan).

“Kita tidak dapat dedah kerana arahan Istana Negara ialah menjaga kerahsiaan,” dakwanya.

Sebelum ini, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan beliau dan Anwar dinamakan oleh PH Plus sebagai calon Perdana Menteri.

Shafie berkata, ia berasaskan 105 sokongan yang diterima masing-masing, tetapi siapa di antara mereka berdua yang dapat meraih undi bagi menambah kekuatan itu akan menjadi calon pilihan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button